Monday, October 31, 2011

Hepy Monday ;)

Hepy Monday...

Korang sumer hepy tak keje ari nie? Jangan malas-malas eh.. Jangan jadi cam CPL ok!! Tak habis-habis dengan monday bluess.... No Mood memanjang :/ Asal ari isnin jer.. xde mood.. asal xde mood je mesti hari isnin! Hehehe...

Ok, sementara nak tunggu hujan berhenti nie (nak balik).. Meh layan meh pic yang sempat CPL snap masa dlm kete tadi... Bosan punye pasal tah gambar apa-apa yang CPL snap td..

Ni la hasilnyer.... Tadaaaa... (siap edit & buat collage lagi tau!!) Hehe....








Ok, dah habis.... Tq for viewing my blog & my pictha ;)


P/S : Cute kan CPL... Hahahaha!! Sila muntah...

Friday, October 28, 2011

Blog Under Construction!!

Perhatian ye sumer.. Just nak inform buat masa nie blog CPL masih under construction lagi ye!! Dah macam nak buat bangunan la pulak kan! 

Sebenarnya CPL pun x paham kenapa setiap kali nak tukar design template... macam ni lah jadinye blog CPL. Tunggang langgang widgets tu ok lagi. Tapi yang CPL tak paham kenapa sumer entry CPL berdouble termasuk header-header sekali. Kenapa ni woooiii?? Pening kepala makcik /$$?@???@!!!

So, kesudahannya CPL dah malas nak buat apa-apa..... Amik mood dlu n cari org yang pro sikit untuk tengokkan coding template CPL ni. Al-maklumlah CPL bukannya programmer yang power-power & maha hebat macam opismate2 CPL tu! Hehehe....

K la, CPL dah abis membebel dah nie.... Korang mesti bosan kan.. CPL ni tak habis-habis nak buat sesi luahan perasan kat blog nie... 

Sampai disini saje ye untuk kali ini.....

Babai.... Hari ujan nie banyak syookk tu tdo :)






Thursday, October 27, 2011

4D3N @ Damai Hospital...

Just nak share dgn korang pic yang sempat CPL snap masa kedua-dua anak CPL warded ri tu....




1st Nite.. Marissa x dapat terima hakikat kena psg drip tu.. Melalak suruh bukak :/

















2nd Day - Almost much better :) Abg iskandar dah bukak drip... Adik Marissa pula dah boleh terima kena psg drip :)



2nd Nite : Adik Marissa x boleh tahan nak berjalan jgk. Nak follow abg maen lari2 dlm bilik tu :( Pening kepala papa diorg nak layan... hehehe!!!



3rd Day ; Menjalani sesi rawatan utk menghilangkan bintik-bintik di tapak kaki b4 mandi..




lepas ni turn abg iskandar pulak ye!!





Pas buat treatment sambung maen sementara nak tunggu papa diorg datang mandikan :)




Hari yg ke-4 : Yeah!! Drip dah bukak.. da boleh balik :)


Ok tu jer yang sempat CPL snap guna hp Nokia E71 cabuk milik CPL.. Apa-apa pun thanks a lot to my company sebab support kesemuanya.. :)

CPL pilih hospital ni sebab sepertimana nama Hospital nie... DAMAI HOSPITAL (Melawati)... sini memang mendamaikan.. layanan 1st class walaupun duduk kat low class. Nurse & doc sume best2 n baikhati belaka.

Ok, chow cin cau... Mood CPL dah kembali muncul selepas  mencekik Pizza ultimate cheese tadi. Walaupun x sedap tapi hadap je lah!! Janji kenyang & hati pun senang...

Bye, jom sambung keje... ;)



"0" Mood Today!!!

Hmm, entahlah.. CPL pun x tahu nak mulakan dgn apa untuk entry kali nie.. Tapi yang CPL tahu sekarang nie... CPL xde mood langsung. Nak buat apa pun langsung x bersemangat.... Bila pk banyak benda lagi yang CPL berhutang untuk siapkan.. bertambah-tambah takde mood.

Mood... mood... kemanalah kau pergi??? Padahal pagi tadi sampai-sampai je opis dah elok da mulakan pagi dengan senyuman & siap bfast roti tampal n teh tarik lagi.

Sejak bila erk CPL mula no mood nie.... Entahlah!!! Lagi di pk lagi stress dibuatnya.. :(

Lately ni memang bnyk bebenar benda yang CPL kena pk n hadapi... Tak tahu nak gambarkan camne.. tapi tu lah kehidupan CPL dan juga manusia-manusia di alam fana ni.. Penuh dengan bermacam-macam dugaan & cobaan.....

Harap-harap selepas ni kehidupan CPL akan lebih baik dari hari-hari sebelumnya..... Bak kata Agnes Monico... "Teruskanlah"!!

Mudah-mudahan dengan berkatnya.... Segala-galanya berjalan lancar.

Amin....


Apa-apapun, I luv my family too much........

Tuesday, October 25, 2011

Penyakit Tangan Kaki & Mulut (HFMD)

Hye,

Kali ni CPL nak share sikit info mengenai penyakit tangan, kaki dan mulut ni atau lebih dikenali sebagai (HFMD).

Kenapa pulak tiba-tiba je CPL nak share info pasal penyakit ni? Korang cuba check entry sebelum ni eh..


Korang, sila baca & faham k. Info ni amat penting pada sesape yang dah ada anak @ baby.


INFO MENGENAI HFMD

Penyakit kaki, tangan dan mulut ini (HFMD) disebabkan oleh sejenis virus yang dikenali sebagai Coxsakie virus A. Biasanya kanak-kanak yang terkena penyakit ini akan mengalami kesan kemerah-merahan dan kadang-kadang gelembung kecil yang mengandungi cecair pada bahagian tapak tangan, tapak kaki atau pada bahagian lutut, siku atau punggung. Kesan sebegini boleh juga terdapat pada bahagian tubuh lain tetapi selalunya tidak kerap kelihatan. Di samping itu terdapat ulser pada bahagian mulut samada pada lidah, bibir dalam ataupun lelangit mulut.
Biasanya kanak-kanak yang diserang penyakit ini tidak megalami demam yang kuat dan aktif seperti biasa, cuma ulser pada bahagian mulut menyebabkan kanak-kanak ini kurang menyusu atau makan disebabkan sakit apabila terkena sentuhan. Kesan pada bahagian tangan dan kaki ini akan hilang dalam masa 5 hari ke seminggu. Namun begitu jika terdapat demam yang tinggi, tidak aktif atau tidak mahu menyusu langsung maka perlulah membawa mereka berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

Rawatan bagi penyakit ini adalah secara simptomatik sahaja. Ubat demam dan ubat untuk megurangkan sakit ulser mulut biasanya diberi kepada pesakit ini.

Penyakit ini boleh disebarkan melalui sentuhan maka adalah perlu untuk kanak-kanak yang terkena panyakit ini diasingkan daripada kanak-kanak lain sehingga mereka sembuh. Disamping itu penjagaan kebersihan seperti membasuh tangan perlu bagi mengurangkan transmisi penyakit ini.


Sumber dari : http://drsaiful.blogspot.com/2008/04/penyakit-kaki-tangan-dan-mulut-hand.html

Definisi dan Penyebab
HMFD ialah jangkitan melalui sejenis virus dipanggil enterovirus, atau virus yang biasa terdapat di dalam usus. Contoh virus yang menjangkiti manusia ialah poliovirus, Coxsackie virus A dan B, echovirus dan enteroviruses 68-71.

HFMD boleh disebabkan oleh coxsackievirus A16, A5, A9, A10, B2, B5 and enterovirus 71. Coxsackievirus A16 (Cox A16) adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tidak bahaya.

Cara jangkitan

HFMD disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah lebih merbahaya dan menyebabkan kematian. Ini adalah disebabkan oleh jangkitan selaput otak (meningitis), Jangkitan otak (encephalitis), masalah jantung (myocarditis) dan jangkitan paru-paru berair.

HFMD mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak daripada manusia ke manusia melalui sentuhan melalui cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki, dan najis mereka yang dijangkiti. Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan.

Gejala Penyakit
HFMD datang dengan tumbuh ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain.

Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang cirit birit.

Di antara banyak virus penyebab HFMD, virus yang disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah paling merbahaya. Demamnya adalah lebih tinggi (39 darjah ke atas) dan lebih daripada 3 hari. EV71 adalah penyebab kematian 27 orang kanak-kanak di Sarawak daripada 34 kematian pada tahun 1997.

Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anak anda menghidap HFMD:-


• Demam tinggi

• Penat dan lemah
• Tidak mahu makan dan kurang kencing
• Bernafas kencang
• Muntah-muntah
• Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis
• Sawan


Perawatan HFMD.
HFMD biasanya tidak bahaya dan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja.

Perawatan simptomatik diperlukan oleh kebanyakan pesakit HFMD. Ini bermaksud menurunkan demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan sakit badan, Meningkat hidrasi pesakit dan perlukan rehat yang secukupnya. Gel kebas boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut.

ANTIBIOTIK tidak perlu digunakan di dalam kebanyakan kes.

Pesakit perlu diasingkan daripada kanak2 yang lain.

Bilakah pesakit perlu dimasukkan ke Hospital?
- Apabila pesakit tidak boleh makan dan minum dan perlu dimasukkan air melalui salur darah
- Kelihatan lemah dan teruk, kelihatan toksik
- Jika demam tidak berkurang dan tinggi (38 dan 39 darjah sentiasa) lebih daripada 4 hari
- Bila doktor menjangka terdapat jangkitan kepada kawasan otak menyebabkan kanak-kanak meracau, serangan sawan, kepenatan melampau, tidak peka terhadap persekitaran.
- Bila terdapat masalah jantung seperti gangguan bunyi jantung, tekanan darah rendah.


Masih TIADA vaksinasi untuk penyakit ini pada waktu ini.

Elakkan Jangkitan!
Adalah penting untuk anda membasuh tangan dengan menggunakan sabun setiap kali anda menukar lampin anak-anak yang terkena HFMD.

Anda juga boleh menggunakan air dan sabun (ada yang cadangkan menggunakan Clorox) untuk membersihkan lantai, mainan, pakaian dan lampin yang terkena najis atau air liur mereka.

Jangan bawa anak anda ke tempat terbuka seperti kolam renang atau kompleks membeli belah. Sekolah dan nurseri juga perlu dielakkan untuk mengelakkan jangkitan merebak.


Jangan Panik
Sekiranya andak anda terkena jangkitan, usah panik. Kebanyak HFMD tidak merbahaya dan pulih sendiri. Apatah lagi sekiranya anak-anak anda tiada demam, selera makan adalah biasa dan nampak ceria sahaja walaupun terdapat ruam di mulut dan tangan.






Monday, October 24, 2011

Selamat Pagi Cinta.....

Assalammualaikum & Selamat Pagi...

Hari ni hari pertama CPL mula kerja setelah 4 hari cuti tanpa izin (EL). Harap-harap perjalanan kerja & hidup CPL pada hari ini berjalan dgn lancar lah hendaknya.. Amin..

Kenapa CPL EL lama sangat nie.. actually Kedua-dua anak CPL masuk hospital. Dua-dua sekali kena Penyakit Tangan, kaki & Mulut.. CPL tak expect pun diorang akan kena penyakit tu.

K la, pasal tu nanti later CPL cite eh... Skrg ni nak settlekan banyak document atas meja ni... X tahu nak start dengan yang mana dlu. Tapi apa-apa pun hari ni kena fokus settlekan sumer benda alah ni.. Kalo tak perut kenyang tapi hati tetap tak senang :)

Happy Working :) Kerja rajin-rajin eh mcm CPL (rajinlah sngt kan!!) Hehehe... :)

Bye!!!

Tuesday, October 18, 2011

Gud Morning........ ;)

Gud Morning uolss....

Sila mulakan pagi anda dengan senyuman ye!! :)

Hari ni hari pertama CPL masuk keje untuk minggu ni.. So, nak tak nak kenalah mulakan pagi CPL dgn sesuatu yang indah lagi menyedapkan untuk menceriakan diri CPL ni.... 




+


=





Memang banyak syookk..... ;) CPL sebenarnya memang dah lama bebenar tak bfast pancake mcd ni... pagi tadi bole teringat-ingat pulak! So nak x nak terpaksa jugak request kat my hubby padahal memang xde niat pun nak susahkan dia. Tapi kalo kita x dapat mkn pancake pagi ni pun.. kita tetap sayang kat awk tau yg.. :)

Pada korang yang belum bfast tu... boleh lah g menceriakan diri anda pula dengan menikmati Bfast dari MCD ni.. tak mahal... murah jer!! Harga same macam korang bfast nasi lemak ayam.

Untuk info lanjut Korang bole cek link ni eh... http://www.mcdonalds.com.my/ourfood/menu_items.asp

Ok, Jom sambung buat keje..... Selamat bekerja & Keje rajin-rajin tau!!

Babai...

Monday, October 17, 2011

Selamat Malam...

Hye,

CPL sebenarnya xde idea nak cite apa malam2 nie..Korang tgk pada tajuk entry pun dah tahu kan? Hehehe..

Dari tadi sebenarnya CPL tgh godek2 blog CPL ni.. dari ari tu sejak tukar template design blog nie.. x edit2 lagi supaya back to normal balik. Hari tu masa baru-baru tukar template ni abis sume entry CPL berdouble. Widgets plak abis tunggang langgang.

Sebenarnya CPL bukan nak membebel pasal benda alah tu.. Motif utama sebenarnya adalah boring... dah seminggu kot CPL x update blog nie. Banyak benda nak cite sebenarnya.. tapi tulah bz dengan macam-macam hal sampai hilang sume mood n semangat nak update blog.

Ok, tu jer nak membebel untuk entry kali ni.. Next entry CPL akan pastikan CPL takkan melalut yg bukan-bukan lagi eh.. Ni dah kira sesi luahan perasaan pulak! Dah salah konsep berblogging nie. Hehehe...

Sebelum tu lupa nak cite... Hari ni CPL cuti sebenarnya.. Mak n Pak Mertua g Langkawi. Banyak syoookkk!! Diorang sepatutnya dah sampai time ni.. tapi mana tah.. CPL n hubby kena g pickup diorg kat lrt terminal putra. Patutnya kul 7 stgh tadi dah sampai.. tapi sampai skrg x sampai-sampai. Jalan jem la kot.. Lrt pun jem eh? Hmm.. maybe bukan jem tapi sesak kot sbb faham-faham je lah.. peak hours. Time org balik keje.

Ok, rasanya hubby dah dapat col tu... Babai.. Jumpa lagi di next entry eh... :)

Selamat Malam sumer...... Korang sumer jgn tdo lewat sngt eh.. Esok keje kan!



Tak paham.. Nak jgk letak gambar utk pengubat rindu korang! Hehehe.. Gambar diambil sekitar tahun 2009 ye semasa di genting :)



Wednesday, October 12, 2011

Nur Marissa Hana 2thn sudah tau!!!

Hye & Selamat Pagi.....

Korang nak tahu tak... Semalam (11/10/2011) adalah hari lahir anak dara CPL :)
Tak sangka kejap je anak dara mama ni dah besar. 2 tahun sudah erk. Patutlah semakin hari semakin ngaruk bukan maen. Sampai kadang-kadang tu mama dah x kose nak layan :/ Penat tuh nak melayan anak bujang & anak dara CPL ni. Tapi dalam ckp penat2 tuh.. bila tgk aksi diorg yang macam-macam... CPL terus rasa hepy walaupun dalam hati time tu tengah berbulu-bulu. Hehehe.... :)

Berbalik pada motif sebenar entry ni... CPL sebenarnya nak cite secara pendek & ringkas jer memandangkan masa tidak mengizinkan untuk CPL mengular lama-lama. Keje banyak lagi ni nak disettlekan :(.

Ok, fokus pada cite sebenar.. mlm semalam pas balik keje lebih kurang kul 5.45pm.. terus CPL shoot ke Midvalley. Motif nak g sana adalah semata-mata nak beli kek n donat jer. Memang dah plan nak beli 2 benda tu jer lps tu terus balik. Keluar dari Midvalley lebih kurang kul 7pm. Terus shoot ke Sentul plak... Tu memang jalan pulang CPL tu. Otw tu tapau sate pulak. Yelah.. xkan nak mkn kek n donat je kan..kan..kan..

Sampai umah jer... CPL terus naik umah dulu n Mr. Rahman ditugaskan untuk mengambil budak2 tu. Hehe.. selambe je kan! :)

Sementara budak-budak tu takde.. CPL mengambil kesempatan dengan sebaik-baiknya untuk mengemas dlu apa yang patut. Tak sampai 10min selepas tu.. Budak-budak tu pun naik dengan havoc nyer!! Si Iskandar naik-naik je dah mintak nasi impit. Ade ke mintak nasi impit. Mintak lah sate ke. Baru lah bnyk syok. Hahaha...

Lepas settle sume tu (mengemas) CPL sempatlah mandi. Tengah-tengah mandi tu Hb CPL bagitahu suh mandi cepat sebab mak n ayah dia nak naik lepas isyak. So apa lagi..... CPL pun kelam kabut la mandi.. Dah tak bole feeling-feeling lagi mandi air panas :/

Kira-kira kul 9mlm tetamu undangan pun sampai n majlis diteruskan secara kecil-kecilan... Majlis berjalan dengan jayanya walaupun simple tapi sumenya hepy :)

Cik Nur Marissa Hana excited giler tu dpat tiup kek.

Jom layan gambar-gambar  yang sempat CPL snap nie...



Besday Girl!!!!


 Tadaaa.... Nie lah besday cake "Nur Marissa Hana" Walaupun kecik tp comey kan!! :)


Papa "si tukang bwk kek" Hehehe!!


Excited tuh!!


Bersedia nak tiup lilin...


Ok, selesai sudah!! Sesi memotong kek with papa...


SMILE... Budak "Hepy" dapat tiup lilin!!


Tengok tu masing2 x sabar nak attack kek yang tak bersalah tu!! Apa2 pun abg jgk yg hebat sbb awal2 lagi dah cabut reben kaler pink tu :/


Makan time!!!




Donashi time!!!


 Akhir kata... Vote lah kami berdua ye!!

Ok, tu je pic yg sempat CPL tangkap. Tapi yg pelik nyer kenapa eh takde satu pun pic CPL. Hmm...dah CPL jadi camerawoman.. camne!! Kecewa mak tau!! Huhuhu~ Tapi takpe mak x kisah nok.... Janji sumer Hepy!!

Luv u all.............


Babaii.......

Sunday, October 09, 2011

Hari Minggu...

Hari ni hari minggu aka hari ahad. Dari pagi sampai ke petang memang xde aktiviti.. CPL hanya lepak kat umah sambil layan budak2 ni. Tak tahulah nape mood CPL sejak akhir-akhir ni memang kurang  nak menaip dalam blog ni.. Padahal macam-macam nak cite sebenarnya... Tunggu CPL ade mood nant baru sambung cite eh!! Last weekday hari tu CPL cuma keja 3 1/2 hari jer. CPL cuti 2 hari.. (Khamis & Jumaat) sebab nak settlekan macam-macam hal. 

Tapi bz macamanapun semalam sempat jugaklah bawak budak-budak g taman tasik titiwangsa.. Si abang dah lama bebenar request nak tengok & naik kuda. Alhamdulillah.. semalam tercapai jugak hajat dia nak tgk kuda secara live. Hehe... Cuaca semalam memang cantek bangat lah sampai ketibu CPL dibuatnya. Lepas naik kete kuda sebanyak 5 pusingan. Ronda-ronda kat tasik titiwangsa tu pulak. Berkicap lagi.. letih bebenar berjalan keliling tasik tu. Patutlah CPL letih bangat... Rasanya dah bertahun-tahun tak jalan dan exercise macam semalam. Memang letih giler-giler sampai terlelap jap kat umah mak. 

Ok, tu jer yang CPL ade mood nak bercerita.. cite lain tunggu next entry eh...

Apa-apa pun korang layan dlu pic yang sempat CPL snap semalam. Sorilah pic CPL memang nampak gemm.. Benciiii lah!!!


Aik.. Pic CPL dah ade watermark la.. Poyo je kan!! Ni tgh rajin edit pic smlm.



nape muka adik marissa macam tu eh?? 



Menunggu turnn nak naik kete kuda...





Masing-masing muka excited :)






Masing-masing tengah kagum tengok kuda.



Bersama papa... kenapa muka abg iskandar mcm tu??



Muka org kagum dpt naik kete kuda :) FYI, ni 3rd round kitaorg naik kete kuda ni tauu!!



Kereta kude bak kata abg iskandar... 




Tgk En. Iskandar nie.. tgk apa tah tu!!






Papa tgh bg ikan mkn...




Peace!!!




Budak 2 org ni siap main kejar2 lagi!! X paham tul.. 






En. Iskandar sempat lagi maen kat playground nie...







aku yg semakin tembam!! Uishhhh x suka lah..... 




Ok, dah habis tawaf 1 tasik titiwangsa... Skrg masa utk pulang!!! Yehhh!!