Tuesday, November 29, 2011

Cinta itu milik kita....

Betul ke CINTA ITU MILIK KITA.......??





Cinta Itu Milik Kita - Dakmie (OST Sekali Lagi)

Tidak ku sangka kau pergi jua
Ttinggalkan ku sendiri
Yang tinggal hanya serpihan cintamu
Ku dakap selamanya

Cinta antara kita terlerai sudah
Impian kau dan aku
TakdirNya kini ku terima
Cinta itu milik kita

Tak bisa kah cintaiku
Tak bisakah sayangiku
Kerana kau milikku
Kau kekasihku

Hanya yang ada di dalam diriku
Kerana kau ku sayang
Kau kunci cintaku
Kau bawaku ke dalam duniamu

3 Sebab...

3 Sebab kenapa CPL dah lama giler tak updated blog.... :/

1) Keadaan layout & template blog CPL skrg ni agak huru-hara (sumernya double entry) buat CPL hilang mood nak berblog.

 2) Bz dengan macam-macam hal.. antaranya bz dengan final project assigement, bz bekerja, bz dengan hal rumahtangga..


3) Jiwa kaco... Mood ke laut... :(

Hopefully korang paham keadaan CPL... Masa dapat mengubat segala-galanya... Mudah-mudahan.... Amin...

Antara CINTA dan BENCI....

Lately ni CPL jiwang sikit.... suker bangat dengan lagu nie..

Hopefully korang enjoy dgr lagu from GEISHA ni... salah 1 band dari Indonesia....

Geisha - Cinta Dan Benci Lyrics
bagaimana cara membuatmu bahagia
nyaris ku menyerah jalani semua
tlah berbagai kata ku ungkap percuma
agar kau percaya cintaku berharga

tak kuat ku menahanmu, mempertahankan cintaku
namun kau begitu saja, tak pernah merindu

reff:
sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa
membenci dirimu, sesungguhnya aku tak mampu
sulit untuk ku bisa, sangat sulit ku tak bisa
memisahkan segala cinta dan benci yang ku rasa

apa kau mengerti ku sedih sendiri
tanpa ada kamu ku merasa sepi

tlah lama ku menantimu, diam sendiri menunggu
setengah hati mencinta, ku sakit karenamu

repeat reff

woo ooo ku sakit karenamu

sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa
membenci dirimu, sesungguhnya aku tak mampu
sulit untuk ku bisa, sangat sulit ku tak bisa
memisahkan segala cinta dan benci

sungguh aku tak bisa membenci dirimu
sesungguhnya aku tak mampu
sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa
memisahkan segala cinta dan benci ooo
cinta dan benci ooo yang ku rasa



:(

Monday, November 14, 2011

Sangap + Makan Kuat!!!

Apa kaitan 2 perkara seperti di atas? Hmm.. sape tahu sila angkat kaki?

Hari ni hari Isnin.1st day bekerja untuk minggu ni.. Memang Monday Bluess betul CPL hari ni!!

CPL pun tak berapa nak ingat sejak bila CPL mula rasa sangap &  loser nie? Malas giler babeng... Nak tunggu time balik bukan maen lebam :(

Oleh sebab kemalasan melanda diri CPL pada hari ini.. So, untuk menutupi kesangapan tersebut CPL telah menekadkan diri untuk memakan dengan sepuas-puasnya pada hari ini :) wink** wink***

Berikut merupakan menu sihat CPL pada hari ini :-

Sarapan pagi : Roti canai sekeping + nescafe cappucino 3-in-1
Lunch : Mee goreng + Air Limau Asam boi
Petang : Apam balik (2keping) + Cream Puff (3biji)
Dinner : ??? (tak pk lagi!!)

So, korang cuba pikir camnelah badan CPL x naik berkilo2.... STRESS Woohhh!!!






*Sangap mcmana pun CPL tetap nak tepek Pic2 CPL yg syok sendiri nie.. :) Hopefully korang hepy dapat tatap muka CPL yg agak comey ni. Hahaha... Korang jgn muntah darah k. ;)


Babai korang...



Tuesday, November 08, 2011

Is & Toyol......

Selamat Pagi Chinta.....

Hari ni hari Selasa... Hari pertama bekerja untuk minggu ni. Korang sumer mesti malas n kurang bersemangat kan nak bekerja. CPL ni memang zero mood nak bgn pagi n g keje pagi tadi. Malas bebenor rasanya :/

Ok, berbalik pada tajuk entry seperti diatas.. kali ni CPL nak bercite psl anak bujang CPL yang bernama Mohamad Ariq Iskandar.. Semalam (hari isnin) CPL sempatlah menunaikan hajat En. Iskandar iaitu dia nak sangat tengok wayang cite "Alamak Toyol". Sebenarnya... sejak last week lagi dah sibuk ajak tengok cite tu.. Sikit-sikit dok tanya n ajak CPL g tengok toyol.... "Mama nak tgk toyol... mama nak tgk cite toyok".. Jom mama g tengok toyol" Itulah salah satu dialog kesukaan En. Iskandar sejak dia tgk iklan filem toyol tu kat TV.

Akhirnya semalam tercapai jugak hajat anak bujang CPL tu. Semalam CPL tgk tayangan yang bermula pada pukul 5.45. Sampai Wangsa Walk, Wangsa Maju dalam kul 3 petang. Ingatkan sempatlah nak tengok show kul 3.45 tapi hampeh. Coupleseat fully booked. So nak tak nak terpaksa beli show yang seterusnya iaitu pada pukul 5.45 petang. Sementara ada masa lebih kurang 2 jam setengah lagi... sempatlah CPL keluar g K4 Wangsa Maju plak. Sempatlah  beli sedikit barang rumah dan juga pampers untuk bekalan pada bulan ini.

Jom layan pic yang sempat CPL snap nie... ;)





Kalo korang nak tahu cite ni best ke tak... korang kenalah g tgk sendiri la erk.. CPL bagi 3 1/2 bintang drpd 5 :) Kalo korang jenis suka tengok cite lawak & ketawa terbahak-bahak memang patut tengok cite nie.. Serius lawak giler. Toyol tu pun cute :) comel ajer CPL tengok!! Hehehe... Ok... Selamat menonton.... ;)



P/S : Sori Pic ala-ala pecah n gelap sikit.. Al-maklumlah guna snap guna HP aje. 3.2pixel sahaja. Cap ayam kan.




Sunday, November 06, 2011

Salam Aidiladha 1432 Hijrah...

Assalammualaikum..

Hye & Selamat Pagi...

CPL nak mengucapkan "Selamat Menyambut Hari Raya Korban" buat sumer yang beragam Islam.

Hopefully korang hepy menyambut hari raya pada hari nie.... Pesan CPL cuma satu.. Jgn makan bnyk sngt k. Hehehe....

Hari ni CPL beraya di Gombak & di Jalan Semarak je! Target pada hari ni adalah "nak makan sampai lebam" Tak sabar nak g umah mak CPL.. nak melantak Nasi hujan panas + ayam masak merah!! Fuhh.. Favourite CPL tu...

Pada hari yang mulia ini juga CPL ingin memohon maaf zahir dan batin jika CPL ada melakukan salah dan silap yang menyebabkan korang terasa @ makan hati. Setiap manusia memang tidak terlepas melakukan kesilapan... Lagi2 CPL nie.. kan..kan..kan... Tapi dengan melakukan kesilapan lah kita dapat berubah dan menilai kembali kesilapan yang telah kita lakukan kan...


Selamat Hari Raya Aidiladha & Maaf Zahir dan batin... Ikhlas dari CPL Sekeluarga.



Luv u all......:)







Wednesday, November 02, 2011

CPL & Dove Chocolate...


Me & Dove Chocolate....

Luv Dove Milk Chocolate so much............ So Yummy!!!


"Like" 100x ;)

Wordless Wednesday..

Merujuk kepeda tajuk entry diatas.. CPL kurang pasti kenapa org yang berblogging suka sngt ltk title entry seperti diatas..? Adalah mereka-mereka tersebut dah xde idea dan tak tahu nak cite apa dlm blog ataupun mereka takde mood nak menaip 'n' bercerita mcm CPL nie.. Hehehe.... Of coz lah kan....

Apa-apa pun CPL sangat "like" hari rabu.. sebab hari rabu ada pasar malam (pm) berhampiran dengan opis CPL nie... pm tu kira terbaek jugak lah diantara pm2 yang lain.

Ok, CPL dah abis membebel... Wordless2 pun.. panjang jugak lah entry CPL untuk pagi nie... Jom kita mulakan pagi ini dengan memakan Milk Chocolate DOVE.

Tadaaaa... inilah rupanya...



Chocolate Dove ni cair dimulut tau!! Memang sedap bangat!! Korang try la eh...!!


P/S : Makin gemuklah CPL lepas nie :( sedihh....

Tuesday, November 01, 2011

Cinta Elysa @ Slot Lestary TV3

CPL baru lepas layan cite "Cinta Elysa" kat TV3 tu.. Buat masa ni tak pernah lagi ter"miss" tengok. Suker sangat tgk fasha & aril... So sweet :)

Jom kita sama-sama nantikan sambungan episod tadi.... Elysa & Aril bernikah jgk akhirnya.... Best-best...!!

Jom "like" 100x. :)

 



"Like" Nur Fasha Sandha beribu2 lemon :)

Sinopsis "Cinta Elysa"

Cinta Elysa mengisahkan dilema yang dialami oleh Aril lakonan (Botak Juvana) yang terpaksa menjalankan tanggungjawab menjaga ibu saudara dan sepupu-sepupunya yang membenci dan memusuhinya. Watak ibu saudara yang benci sangat kat Aril dipegang oleh Zila Bakarin dan sepupunya yang perempuan nama Elysa ( lakonan Fasha Sandha).

Jasman membawa pulang Aril ke rumah kerana Aril ni anak yatim piatu yg membesar tanpa kasih sayang. Selepas disisihkan dari keluraga, dia tinggal dengan Jasman.
Jasman telah menempatkan Aril dan Elysa di satu kolej supaya Aril dapat menjaga keselamatan anaknya di kolej tu dari diganggu lelaki lain..(jd bodyguard le ni).
Jasman (lakonan Jalaluddin Hassan )bapa saudara kpd Aril ni mahu Aril menjaga dan memastikan keselamatan anak anak nya sebelum dia meninggal dunia, dia dah pesan kepada Aril supaya menjaga anak anaknya hingga mereka tamat pengajian. Aril ni seorang yang samseng dan dia dianggap pemuda bermasalah dan dibenci oleh Yasmin (Zila Bakarin) ibu saudara dan sepupunya.
Jadi dalam keadaan dia dibenci dia terpaksa menjalankan tanggungjawab besar tu walaupun terpaksa berdepan dengan ibu saudaranya yg jadi penghalang.
Walaupun Aril ni nampak jahat dan liar tetapi dia dalam diam menaruh hati dan mencintai sepupunya Elysa…(heheh dalam hati ada taman gitu..seronok kan melihat Botak bercinta pulak kali ni ). Oleh sebab cinta yg kuat kepada Elisa lah Aril masih duduk di rumah tu walaupun dibenci oleh mak saudaranya hari -- hari.
Elysa gugup apabila berdepan dengan Aril bila mendapat tahu cerita buruk mengenai Aril. Mulanya dia tak suka kat Aril, almaklumlah , Aril ni samseng..lagi mau tanya!? ( skrip Johan dalam Cinta Elysa) namun begitu lama kelamaan dia melihat Aril ni baik dan selalu melindungi dia dari diganggu oleh lelaki lain maka berputik la sayang dia kat Aril.. :)
Kisah menjadi panjang lagi, apabila ibu saudaranya menghalau Aril keluar dari rumah, dan waktu itu, Aril nekad membawa bersama Elysa. Aril menjalani kehidupan samseng untuk menyara diri dan Elysa. Elysa tak suka Aril hidup mencari rezeki cara tak elok. Elysa nak Aril cari kerja yang halal dan menjalani kehidupan yang baik. ( Botak botak…ni mesti tak insaf ni buat kerja samseng, kena masuk sekolah budak nakal lagi le ni heheh) . Demi cintakan  Elysa, Aril cuba berubah dan mencari rezeki yang halal dan dia menerima segala nasihat dan teguran Elysa.
Aril dan Elysa lari tinggal di sebuah kampung menyamar sebagai suami isteri dan mencari orang yang dapat mengubati kaki Elysa yang cedera. Akhirnya orang yang mengubat kaki Elysa, sedar yang Aril dan Elysa bukan suami isteri, akhirnya mereka disuruh berkahwin.
Aril berjanji akan menceraikan Elysa selepas kaki Elysa sembuh. Kekasih Yasmin, Rashid pula sibuk menjejaki Elysa untuk mengetahui kandungan wasiat Jasman. Apakah yang akan berlaku selepas ini?
Menarik bukan kisah cinta antara Aril dan Elysa ni, adakah korang tak sabar nak tengok Botak Juvana berlakon dgn Fasha Sandha.
Fuhh..tengok gambar Fasha dan Botak ni macam ada chemistry je..boleh kot Botak ganti Ady Putra yg sebelum ni pasangan kesukaan Fasha.



Lagu tema bagi cite ni pulak dinyanyikan oleh STACY... Pun CPL "Like" jugak :) Jom "Like" 1000x... 



Lirik Lagu "KISAH DONGENG" 
Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerna rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya kisah dongeng saja

Belum pernah aku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati


Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerna rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya kisah dongeng saja

Credit to: 
http://nurizspace.com/2011/08/sinopsis-cinta-elysa-lestary-tv3.html#ixzz1cSwbES8m