Tuesday, November 08, 2011

Is & Toyol......

Selamat Pagi Chinta.....

Hari ni hari Selasa... Hari pertama bekerja untuk minggu ni. Korang sumer mesti malas n kurang bersemangat kan nak bekerja. CPL ni memang zero mood nak bgn pagi n g keje pagi tadi. Malas bebenor rasanya :/

Ok, berbalik pada tajuk entry seperti diatas.. kali ni CPL nak bercite psl anak bujang CPL yang bernama Mohamad Ariq Iskandar.. Semalam (hari isnin) CPL sempatlah menunaikan hajat En. Iskandar iaitu dia nak sangat tengok wayang cite "Alamak Toyol". Sebenarnya... sejak last week lagi dah sibuk ajak tengok cite tu.. Sikit-sikit dok tanya n ajak CPL g tengok toyol.... "Mama nak tgk toyol... mama nak tgk cite toyok".. Jom mama g tengok toyol" Itulah salah satu dialog kesukaan En. Iskandar sejak dia tgk iklan filem toyol tu kat TV.

Akhirnya semalam tercapai jugak hajat anak bujang CPL tu. Semalam CPL tgk tayangan yang bermula pada pukul 5.45. Sampai Wangsa Walk, Wangsa Maju dalam kul 3 petang. Ingatkan sempatlah nak tengok show kul 3.45 tapi hampeh. Coupleseat fully booked. So nak tak nak terpaksa beli show yang seterusnya iaitu pada pukul 5.45 petang. Sementara ada masa lebih kurang 2 jam setengah lagi... sempatlah CPL keluar g K4 Wangsa Maju plak. Sempatlah  beli sedikit barang rumah dan juga pampers untuk bekalan pada bulan ini.

Jom layan pic yang sempat CPL snap nie... ;)





Kalo korang nak tahu cite ni best ke tak... korang kenalah g tgk sendiri la erk.. CPL bagi 3 1/2 bintang drpd 5 :) Kalo korang jenis suka tengok cite lawak & ketawa terbahak-bahak memang patut tengok cite nie.. Serius lawak giler. Toyol tu pun cute :) comel ajer CPL tengok!! Hehehe... Ok... Selamat menonton.... ;)



P/S : Sori Pic ala-ala pecah n gelap sikit.. Al-maklumlah guna snap guna HP aje. 3.2pixel sahaja. Cap ayam kan.




0 comments:

Post a Comment