Showing posts with label Resipi Pilihan CPL. Show all posts
Showing posts with label Resipi Pilihan CPL. Show all posts

Friday, September 16, 2011

Mee Kari Special... Pasti Sedap!!!

Untuk resipi mee kari ni pulak agak special sikit sebab CPL takde copy mana-mana website or blog orang. Ni ofismate CPL yang punye resipi.. YB namanya :) Terima kasih ye YB sebab jadi Master Chef i dalam sesi masak memasak nie... Syg YB..

Ok, tanpa membuang masa... Ini Resipinye eh...(Penat ni kena taip satu persatu.. biasenya copy & paste je!)



BAHAN-BAHAN

A:
Bawang Kecil (5 biji)
Bawang Besar (1 biji)
Bawang Putih (5 Ulas)
Halia (2inci)

B:
Herba campuran (mix herbal) 1/2 Sudu
Daun kari 3 - 5 tangkat (Utk kasi bau)
Serbuk Kari Ayam & Ikan Brand ADABI (2 - 5 paket) Ikut pekat mana kita nak

C:
Santan (1 Kotak) Jenama apa pun x kisah. Kalau nak guna santan fresh lagi bagus ataupun susu cair pun boleh.
Tauhu
Taugeh
Telur Rebus
Daun Sup
Ayam
Kerang

Cara-caranya :
1. Blend semua Bahan A.
2. Tumis semua bahan A+ B samapai naik bau dengan api yang perlahan supaya tak cepat hangus dan kering.
3. Bancuh serbuk kari dengan air masak dan masukkan (tumis sampai pecah minyak)
4. Masukkan ayam dan kacu hingga separuh masak/masak.
5. Tambahkan air. (Jangan terlalu banyak untuk mengelakkan kari anda menjadi cair).
6. Masukkan Santan.
7. Akhir sekali masukkan garam dan bahan perasa (ikut suka korang).
8. Didihkan sampai masak.

Okey, habis sudah... senang kan...So, korang apa lagi.. Try lah!!

Selamat mencuba... ;)

Puding Kastard Koko



Bahan-Bahan : (Boleh dapat lebih kurang 1 1/2 loyang)
  • Bahan A:
  • 1 liter air
  • 25g Agar² (satu peket Agar² kering cap burung Layang²)
  • 1 cawan Gula (boleh kurangkan jika tak nak terlalu manis)
  • Bahan B:
  • 1 biji telur
  • 1 Tin Susu Ideal
  • 750-850ml air (kalo suka lembut, bole tambahkan air lebih sikit max 1 litre, nanti jadi lembut sangat susah nak kuarkan dari acuan)
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 2-3 titik esen vanila
  • Bahan C:
  • 4 Sudu Besar Serbuk Koko Van Houten

Cara-cara

  1. Cuci agar² dan masak bersama air. Masak diatas api sederhana. Bila cair agar² masukkan gula. Masak lagi sampai gula cair...
  2. Masukkan bahan² B dalam satu mangkuk dan kacau sebati.
  3. Selepas bahan A tadi dan mendidih, kecilkan api dan masukkan Bahan B tadi. Kacau sampai mendidih. Tapi jangan mendidih terlalu lama.. nanti berketul...
  4. Asingkan sebahagian dan sebahagian lagi ditambah serbuk koko...
  5. Kacau sehingga larut/ sebati
  6. Tuang kedalam acuan (Sila tapis supaya tekstur agar² lebih halus). Untuk mendapatkan marble, tuangkan adunan coklat dan apabila agak membeku, tuangkan adunan kuning tadi untuk mendapatkan corak yang berbeza.
  7. Lepas agar² mengeras, bolehlahmasukkan dalam peti sejuk

Sumber dari website ni ye!!! 


Saturday, September 10, 2011

Puding Sagu Gula Melaka

Bahan-bahan (12 acuan)

  • *1 cawan sagu
  • *1/2 cawan gula
  • *2 cawan air
  • *Air pandan/Pewarna hijau
  • Sirap gula merah
  • Pati santan + garam (CPLguna susu cair)

Cara-cara

  1. Kacau bahan2 yg bertanda (*) hingga pekat dan berkilat.
  2. Masukkan dalam acuan dan sejukkan.
  3. Keluarkan dari acuan.Tuang sirap gula merah dan pati santan.
  4. Siap untuk di makan.


Puding Sagu Gula Melaka Versi CPL


Inilah hasil Puding Sagu Gula Melaka yang CPL buat hari tu.  CPL letak dlm cup sebab senang nanti... terus tuang susu cair + gula melaka lepas tu da boleh makan!!

Bnyk syookk woo makan time sejuk2.... :) 

Korang, sila cuba eh... simple sangat cara buat dia... confirm sekali buat mesti korang rasa nak buat lagi!!

Sila percaya ok :)



Resipi ni di ciplak dari sini ye!!!  http://www.myresipi.com/top/detail/1830

Terima kasih pada syahmi yg post resipi ni. Memang mudah sangat2..

Resipi Rendang Ayam (Full Version)

Bahan-bahan ( 1 family )

  • 1 ekor ayam-dipotong ikut suka
  • Bahan2 digiling:-
  • @ 10 ulas bawang merah
  • @ 4 ulas bawang putih
  • @ 15 biji cili api
  • @ 15 tangkai cili kering
  • @ 1 inci halia
  • @ 1 inci lengkuas
  • @ 1/2 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai dititik
  • 2 helai daun kunyit dihiris halus
  • 4 helai daun limau purut dihiris kasar
  • 4 cawan santan pekat
  • 4 sudu besar kerisik
  • Garam, gula dan serbuk perasa (ikut suka)

Cara-cara

  1. Masukkan ayam dan bahan giling dan serai- perap lebih kurang 1 jam.
  2. Masukkan ayam ke dalam kuali. Masukkan santan dan masak hingga mendidih. Masukkan daun limau, daun kunyit, kerisik dan garam. masukkan juga perasa dan gula jika suka.
  3. Masak ayam hingga empuk dan agak pekat. Sedia dimakan dengan pulut kuning atau nasi himpit.
Try tengok langkah di bawah eh... Ni original pic (rendang yang CPL masak hari tu guna resepi seperti di atas)


STEP (1)
Camni la rupanya bahan2 untuk perap ayam tersebut. Sila blend (jgn halus sangat k.) kalo agak2 air terlebih xpe. Boleh tapis n buang air tersebut.

STEP (2)
Tadaaa... Macam gini la rupanya selepas gaul sebati Bahan2 blend + Ayam (Sila perap selama sejam ok!) Lagi lama perap lagi sedap tau!!)


STEP (3)
Selepas perap selama 1 jam, panaskan kuali dan masukkan bahan-bahan perap tadi dicampur dengan santan dan masak sehingga mendidih. Agak-agak da sebati n mendidih, masukkan pula kerisik, serai, daun limau purut, daun kunyit, garam, gula &  en, aji (kalo suka)>


STEP (4)
Inilah hasilnya selepas letak semua bahan-bahan. Sekarang ni gaul je sampai ayam empuk, sebati & agak kering.



Yeh!!! Akhirnya siap... Inilah rupanya Rendang Ayam CPL (1st time buat tuh!!
Jom makan jom..........!!!

Wednesday, September 07, 2011

Ini Cerita tentang Rendang Ayam...

Salam & Selamat Malam...

Kisah Rendang Ayam ni bermula semasa CPL berada di ofis... Entah macamana terbuka hati & terasa sangat2 nak masak rendang ayam (niat tu timbul selepas tgk resipi di Myresipi.com sebenarnya). Korang boleh refer Resipi tersebut di akhir entry ni ye!

Oleh itu tanpa berlengah lagi.. sampai je umah pada pukul 4pm.. terus je keluarkan ayam dari fridge untuk dinyahbekukan.

Kira-kira pada pukul 7.30pm proses memotong, mengiling  & memerap ayam dilakukan (kena perap selama 1jam).

Sesi masak memasak diteruskan pada jam 8.45pm (selepas ayam telah diperap selama kira-kira 1jam 15min).

Akhirnya pada tepat kul 10pm, Rendang Ayam CPL telah siap untuk dimakan. Ianya amat enak dimakan bersama-sama dengan Roti Gardenia :)

Pic hasil masakan CPL tu akan diupload kemudian eh... (Cable USB Hp tertinggal kat ofis pulak!!)

Untuk Resipi penuh boleh refer kat bawah ni eh.. korang boleh try.. memang kacang giler nak masak ini rendang ayam sebab tak perlu susah-susah nak menumis n berkicah sana sini.. dapur CPL pun x payah mop tau! Hehee..

RESIPI RENDANG AYAM
Di copy dari sini ye..!!  http://www.myresipi.com/top/detail/959


Bahan-bahan ( satu family )

  • 1 ekor ayam-dipotong ikut suka
  • Bahan2 digiling:-
  • @ 10 ulas bawang merah
  • @ 4 ulas bawang putih
  • @ 15 biji cili api
  • @ 15 tangkai cili kering
  • @ 1 inci halia
  • @ 1 inci lengkuas
  • @ 1/2 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai dititik
  • 2 helai daun kunyit dihiris halus
  • 4 helai daun limau purut dihiris kasar
  • 4 cawan santan pekat
  • 4 sudu besar kerisik
  • Garam, gula dan serbuk perasa (ikut suka)

Cara-cara

  1. Masukkan ayam dan bahan giling dan serai- perap lebih kurang 1 jam.
  2. Masukkan ayam ke dalam kuali. Masukkan santan dan masak hingga mendidih. Masukkan daun limau, daun kunyit, kerisik dan garam. masukkan juga perasa dan gula jika suka.
  3. Masak ayam hingga empuk dan agak pekat. Sedia dimakan dengan pulut kuning atau nasi himpit.

Okey, tamat sudah cerita pasal rendang ayam.

Esok kalau agak2 rajin, CPL ingat nak tapau sikit bawak gi opis.. nak mintak Mentor aka. Sifu CPL test!!

Agak-agak boleh dapat bape markah eh? Hehe..