Wednesday, September 07, 2011

Ini Cerita tentang Rendang Ayam...

Salam & Selamat Malam...

Kisah Rendang Ayam ni bermula semasa CPL berada di ofis... Entah macamana terbuka hati & terasa sangat2 nak masak rendang ayam (niat tu timbul selepas tgk resipi di Myresipi.com sebenarnya). Korang boleh refer Resipi tersebut di akhir entry ni ye!

Oleh itu tanpa berlengah lagi.. sampai je umah pada pukul 4pm.. terus je keluarkan ayam dari fridge untuk dinyahbekukan.

Kira-kira pada pukul 7.30pm proses memotong, mengiling  & memerap ayam dilakukan (kena perap selama 1jam).

Sesi masak memasak diteruskan pada jam 8.45pm (selepas ayam telah diperap selama kira-kira 1jam 15min).

Akhirnya pada tepat kul 10pm, Rendang Ayam CPL telah siap untuk dimakan. Ianya amat enak dimakan bersama-sama dengan Roti Gardenia :)

Pic hasil masakan CPL tu akan diupload kemudian eh... (Cable USB Hp tertinggal kat ofis pulak!!)

Untuk Resipi penuh boleh refer kat bawah ni eh.. korang boleh try.. memang kacang giler nak masak ini rendang ayam sebab tak perlu susah-susah nak menumis n berkicah sana sini.. dapur CPL pun x payah mop tau! Hehee..

RESIPI RENDANG AYAM
Di copy dari sini ye..!!  http://www.myresipi.com/top/detail/959


Bahan-bahan ( satu family )

  • 1 ekor ayam-dipotong ikut suka
  • Bahan2 digiling:-
  • @ 10 ulas bawang merah
  • @ 4 ulas bawang putih
  • @ 15 biji cili api
  • @ 15 tangkai cili kering
  • @ 1 inci halia
  • @ 1 inci lengkuas
  • @ 1/2 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai dititik
  • 2 helai daun kunyit dihiris halus
  • 4 helai daun limau purut dihiris kasar
  • 4 cawan santan pekat
  • 4 sudu besar kerisik
  • Garam, gula dan serbuk perasa (ikut suka)

Cara-cara

  1. Masukkan ayam dan bahan giling dan serai- perap lebih kurang 1 jam.
  2. Masukkan ayam ke dalam kuali. Masukkan santan dan masak hingga mendidih. Masukkan daun limau, daun kunyit, kerisik dan garam. masukkan juga perasa dan gula jika suka.
  3. Masak ayam hingga empuk dan agak pekat. Sedia dimakan dengan pulut kuning atau nasi himpit.

Okey, tamat sudah cerita pasal rendang ayam.

Esok kalau agak2 rajin, CPL ingat nak tapau sikit bawak gi opis.. nak mintak Mentor aka. Sifu CPL test!!

Agak-agak boleh dapat bape markah eh? Hehe..


4 comments:

mamiween said...

Mana gambar rendangnya?

Cik Puan Lisa said...

usb cable tinggal kat opis la ween..
hari ni plk EL.
so pospon besok eh.

shaf said...
This comment has been removed by the author.
shaf said...

Rendang yg CPL provg ...mmmg sedap ...rase mskn ibunda...

Post a Comment