Friday, September 30, 2011

Happy Mode!!!

Untuk entry kali ni.. CPL takde idea sebenarnya nak cite pasal. Tapi oleh kerana CPL amat bersukacita pada hari ni.. So update la sikit. Nak update tentang perasaan gumbira yang datang secara tiba-tiba je boleh? Hehehe..

Pada yang bekerja... Hepy working!!! Hari ni CPL MC terpaksa mc. Badan sakit-sakit + memang x larat giler nak bangun pagi nak g keje. Pasal tu ke CPL hepy ari nie? Hehee.. Entahlah!! Perasaan dah bercampur aduk dah mcm rojak buah :) Apa-apa pun yang CPL tahu tekanan aka. stress yang CPL hidapi sejak 2 minggu lalu dah semakin kurang... 

Ok, tu je nak cite.... Insyaallah nanti CPL update lagi ye!!! Kena keluar g pasar malam jap untuk cari idea :) Yes!!! PM lagi... 

Akhir kata, sila layan gambar ini... korang mesti takkan stress selepas tengok pic nie :)


Wow!!! Macho nyer dama nie? Hehehe...


Thursday, September 29, 2011

Thursday Blues!!

Thursday Blues!! Jom kita same2 layan lagu nie...

Entah macamana CPL boleh falling in luv dengan lagu dendangan Dato' Siti Nurhaliza nie..

Lagu ni memang easy to listening. Best Bangat!!

Jom layan...


Gempak Version ... Memang gempak kan!!



Karoke version.. korang bole layan sambil buat miming :) hehehe...
 

Lirik Falling In Love – Siti Nurhaliza

Once in a lifetime
An angel sweeps you off your feet
And everything I’m about
Dissapears before my eyes
You’re taking me higher when I hear you speak to me
It feels so familiar but I’m caught up in this fantasy

Chorus
Now I can’t seem to find myself
Oh I can’t seem to ease my mind
Oh I think I’m falling I’m falling and I can’t stop falling
I’m falling in love with you
When I look into your eyes
I see your love that comforts me
Even now when I go to sleep
I wait to see you in my dreams
You’re taking me higher when I hear you say my name
I’m trying to tell you that I never want to let you go
Ulang Chorus
Over and over again
It plays out in my mind
I can see it clearly
You give me something new to believe in
Come take me away
Ulang Chorus 2X




Ok, Babai..... Selamat berkaraoke ;)

Sunday, September 25, 2011

Ape-ape je lahhh!!

Seperti tajuk entry seperti diatas, sory to say... sepanjang minggu lepas CPL memang bz bangat + xde mood nak bukak & updated blog CPL ni.. Tambah-tambah lagi P1 di rumah telah di DC kan. Lagi lah mood nak mengupdate tu xde. Huhuhu..

Apa yang CPL ni nak cerita eh untuk entry kali ni.. Ok lah, CPL cite sikit eh aktiviti CPL sepanjang minggu yang lepas. Means Isnin - Hari ni lah..

Rasanya takde apa yang menarik. Cuma hari selasa hari tu Department CPL buat Open Department sempena raya. Memang meriah & hebat sungguh. Giler arrr.. x sangka begitu ramai manusia (staff sybs) datang menyerbu opis CPL sampai makanan licin langsung. Giler x? Hehehe... Nanti CPL upload pic ehh bagi korang saksikan sendiri kemeriahan tersebut. :)

Hari Isnin, Rabu & Khamis pula, CPL bekerja mcm biasa. Mengomitedkan diri (walaupun sedar diri ni bukan lah seorang pekerja yang komited sangat!) Al-maklumlah kerani cabuk jer... :/

Hari Jumaat pulak, boleh dikatakan pagi tu je x sampai 2jam kot CPL settlekan keje ckit.. lepas tu teruskan menjelajah department lain untuk tujuan mkn2. :) Korang tahu hari tu jer.. 6 Dept buat Jamuan Raya. Giler... Kalau lah betul2 CPL mkn pada hari tersebut. Mahu pengsan akibat kekenyangan. Gambar CPL menerjah keenam-enam dept tu nant CPL upload kemudian ehh... 

Ok, dah abis cite pasal weekday.. skrg ni nak cite psl weekend pulak. Semalam hari sabtu... Macam biasalah Company CPL ni hari sabtu ke2, ke4 @ ke5 memang kena kerja. Tak tahulah tahun bila pulak Management nak mansuhkan Cuti pada setiap hari sabtu ni. Buat penat je datang kerja. Kerja 3jam je korang tahu x? (9-12) Memang betul-betul buang karen pekerja & company. Tapi nak buat camne... nama pun mkn gaji... So layan je lah.

Berbalik cite tadi tu.. kira-kira kul 12.15 CPL terus cabut. kena balik awal sebab my mother in law da pesan suh balik awal sebab dia ade rewang di block (blok CPL nak buat jamuan raya). So CPL pun mencergaskan diri balik seawal mungkin. Sampai je umah terus amik budak-budak tu.. naik atas rehat jap. Kul 3.30ptg keluar balik g umah Mak CPL  & lepak sana sampai malam. Dalam kul 11 mlm sampai umah.. Kemas umah apa yang patut jap n terus tertdo. Penat giler tuh!! Tak tahu lah apa CPL buat sampai overdose giler. 

Hari ni pulak, CPL bangun tdo kira-kira kul 9pagi(awal kan)... Time tu memang badan letih giler.. macam xnak je bangun gamaknya tapi gagahkan diri tuk bangun jgk sebab banyak giler keje umah tak siap lagi.

So, kesimpulan nya... hari ni CPL lepak rumah jer. Tapi sempat jgk masak daging dendeng tadi. Percubaan pertama tuh :) lepas sesi memasak abis.. sempat jgk CPL menyapu,mengemop & mengemas umah. Best.. baru rasa puas hati bila tengok rumah dah bersih & kemas balik :) 

Ok, rasanya tu je yang CPL nak share kan pada hari ni.. Dah malam pun. Baru teringat rupa-rupanya CPL x mandi petang lagi! Hehehe.. padanlah rasa badan lain macam. :) 

Akhir kata, Jom mandi... hahahaa... (Nasib baik ade water heater.. Memang best mandi air suam malam-malam ni. Kan...kan..kan..)

Monday, September 19, 2011

Lipas ohh!!! Lipass....

Selamat Pagi to All Malaysian People... (Fuh!! Ayat tak boleh tahan tu.. bajet 1 malaysia baca blog CPL ni!!)

Entry ni tiada kena mengena langsung dengan yang hidup@yang telah tiada ye!!

Berbalik pada tajuk seperti di atas.. Kenapa eh tiba-tiba pulak CPL nak cite pasal binatang yang satu ni.. Korang tahu, actually binatang yang paling CPL takuti, geruni & gelini adalah binatang yang satu ni la... Binatang yang bernama Cockroach @ Lipas aka. Cik Li. CPL memang terlalu obses dan teramat fobia dengan binatang sekor ni la... :(

Masuk je ofis pagi tadi hidung CPL dah terbau-bau binatang tu! Busuk tahu x!! Bancuh air tadi pun terminum cawan yang ada bau lipas. Haprak betul la. Dah tak pasal-pasal kena buat air 2x. Rugi korang tahu tak? Benci.. Benciiii.. Benciiiiii!!! Dah lah kat umah pun jadi mangsa lipas... kat opis pun kena ngadap binatang nie.. Agak-agak korang kat mana lagi erk tempat yang line clear takde lipas...? Cuba korang bagitahu....??

CPL pun x paham lah.. Kenapa kaum Cik Li ni suka sangat menganggu hidup CPL... Kenapa? Kenapa? Kenapa? Korang cubalah kacau hidup orang lain.. Kacau lah hidup orang yang suka dengan binatang spesis korang tu ke...? Tapi ada ke orang yang suka spesis tu? Hehehee....

Ok, tu je CPL nak share aka. membuat sesi luahan perasaan di pagi isnin yang tak berapa nak indah ni :/


Kepada peminat binatang nie... Korang boleh baca info ni eh...


Tak sanggup la nak upload pic sebenar. Geli tahap gaban!!!


20 FAKTA MENARIK MENGENAI LIPAS
  1. Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila
  2. Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit..
  3. Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus.
  4. Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup
  5. Lipas mempunyai darah berwarna putih
  6. Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya.
  7. Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50gram
  8. Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia
  9. Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anak dia semua betina
  10. Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya
  11. Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya.
  12. Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani
  13. Lipas ada gigi di dalam perutnya
  14. Lipas yang dilumatkan boleh boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat tu
  15. Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat
  16. Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula
  17. Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung
  18. Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut
  19. Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam
  20. Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa

Saturday, September 17, 2011

Saturday Blues yg sungguhhh sangap!!!

Hye & Selamat tengahari..

Hmm, actually CPL pun x tahu nak cite apa untuk entry kali ni. Tapi yang sebetulnya memang hari ni CPL rasa sungguh sangap, boring & sampai tak tahulah nak buat apa. Padahal keje banyak tu menunggu... keje-keje yg pending tu termasuk lah mengemas umah, membasuh, melipat dan yang sewaktu dengan nya. Cik Marissa ni baru jap je tdo. Al-maklumlah.. org tak sihat memanglah macam-macam ragamnya. Dari semalam lagi budak sorang ni asyik merengek n manje bukan maen. Sampai naik pening kepala CPL nak melayan :( Apa-apa pun mama tetap sayang kat Cik Adik Nur Marissa Hana  :)

Ok, lupakanlah kisah Cik Adik tu. Patutnya tengahari ni CPL nak pergi satu kenduri kahwin ofismate Hb di area Pusat Komuniti Sentul kalo tak silap.  Tapi oleh sebab Cik Adik Marissa ni kurang sihat so Hb CPL & En. Iskandar jer yang gi. En. Iskandar memang suka sangat bab-bab nak g tengok majlis kahwin ni. Pantang tengok canopy je.. mesti dia ingat ada orang kawin. Hehe..

Oleh kerana dah termiss 1 event, So petang ni.. tinggal 1 jer aktiviti CPL iaitu nak g beraya kat area Sg. Besi (Salak South). CPL Sekeluarga (Mak, Ayah, Adik & Abg Ipar serta anak-anaknya) akan pergi bersama-sama untuk beraya dirumah tersebut. Rumah sape pulak tu eh sampai 1 keluarga nak g...? Hehe... tu sebenarnya rumah anak angkat keluarga CPL. Budak perempuan tu (merangkap adik angkat CPL) mak CPL bela dan jaga sejak kecik lagi.. kira dlu mak CPL ni babysitter. Kitaorg memang sayang sangat-sangat kat budak perempuan yang bernama Noor Azfaraheen tu.. Walaupun dia da besar gajah kitaorg tetap anggap dia masih kecik lagi tau! Dia pun kadang-kadang memang perasan yang dia tu kecik lagi. Sebab tulah memanjang nak mintak duit raya jer kat kitaorg. Hahahaa...

Korang pulak apa plan hari ni...? Jomlah g beraya bersama-sama....... ;)


Friday, September 16, 2011

Mee Kari Special... Pasti Sedap!!!

Untuk resipi mee kari ni pulak agak special sikit sebab CPL takde copy mana-mana website or blog orang. Ni ofismate CPL yang punye resipi.. YB namanya :) Terima kasih ye YB sebab jadi Master Chef i dalam sesi masak memasak nie... Syg YB..

Ok, tanpa membuang masa... Ini Resipinye eh...(Penat ni kena taip satu persatu.. biasenya copy & paste je!)



BAHAN-BAHAN

A:
Bawang Kecil (5 biji)
Bawang Besar (1 biji)
Bawang Putih (5 Ulas)
Halia (2inci)

B:
Herba campuran (mix herbal) 1/2 Sudu
Daun kari 3 - 5 tangkat (Utk kasi bau)
Serbuk Kari Ayam & Ikan Brand ADABI (2 - 5 paket) Ikut pekat mana kita nak

C:
Santan (1 Kotak) Jenama apa pun x kisah. Kalau nak guna santan fresh lagi bagus ataupun susu cair pun boleh.
Tauhu
Taugeh
Telur Rebus
Daun Sup
Ayam
Kerang

Cara-caranya :
1. Blend semua Bahan A.
2. Tumis semua bahan A+ B samapai naik bau dengan api yang perlahan supaya tak cepat hangus dan kering.
3. Bancuh serbuk kari dengan air masak dan masukkan (tumis sampai pecah minyak)
4. Masukkan ayam dan kacu hingga separuh masak/masak.
5. Tambahkan air. (Jangan terlalu banyak untuk mengelakkan kari anda menjadi cair).
6. Masukkan Santan.
7. Akhir sekali masukkan garam dan bahan perasa (ikut suka korang).
8. Didihkan sampai masak.

Okey, habis sudah... senang kan...So, korang apa lagi.. Try lah!!

Selamat mencuba... ;)

Puding Kastard Koko



Bahan-Bahan : (Boleh dapat lebih kurang 1 1/2 loyang)
  • Bahan A:
  • 1 liter air
  • 25g Agar² (satu peket Agar² kering cap burung Layang²)
  • 1 cawan Gula (boleh kurangkan jika tak nak terlalu manis)
  • Bahan B:
  • 1 biji telur
  • 1 Tin Susu Ideal
  • 750-850ml air (kalo suka lembut, bole tambahkan air lebih sikit max 1 litre, nanti jadi lembut sangat susah nak kuarkan dari acuan)
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 2-3 titik esen vanila
  • Bahan C:
  • 4 Sudu Besar Serbuk Koko Van Houten

Cara-cara

  1. Cuci agar² dan masak bersama air. Masak diatas api sederhana. Bila cair agar² masukkan gula. Masak lagi sampai gula cair...
  2. Masukkan bahan² B dalam satu mangkuk dan kacau sebati.
  3. Selepas bahan A tadi dan mendidih, kecilkan api dan masukkan Bahan B tadi. Kacau sampai mendidih. Tapi jangan mendidih terlalu lama.. nanti berketul...
  4. Asingkan sebahagian dan sebahagian lagi ditambah serbuk koko...
  5. Kacau sehingga larut/ sebati
  6. Tuang kedalam acuan (Sila tapis supaya tekstur agar² lebih halus). Untuk mendapatkan marble, tuangkan adunan coklat dan apabila agak membeku, tuangkan adunan kuning tadi untuk mendapatkan corak yang berbeza.
  7. Lepas agar² mengeras, bolehlahmasukkan dalam peti sejuk

Sumber dari website ni ye!!! 


Mee Kari Special... Pasti Sedap!!!

Salam & Hye All...

Pejam celik..pejam celik.. sekejap je seminggu sudah berlalu..Minggu nie dapat cuti weekend panjang sikit (Jumaat, Sabtu & Ahad). Memang Syok giler ;)

Minggu ni masih lagi berada dalam mood raya.. hari ni pun ada jugak lah kawan CPL (Pn. Rozi & Hubby) nak datang beraya. So menu untuk hari ni adalah....

Mee Kari Special + Desert Puding Kastard Koko Favourite CPL ;)

Kenapa eh CPL suka sangat masak mee kari n desert tu. Sebab nya senang jer.. dua2 ni senang la nak bikin! Hahahaa.... memandangkan mood masak kurang ada & hidup CPL agak kelam kabut lately nie.. So itu je lah yang termampu CPL sediakan. Sori erk Pn. Rozi.. i tahu u kempunan nak makan rendang ayam i tu. Tapi takpe janji tetap janji eh... Insyaallah next week CPL akan buat khas utk u k :)

So, memandangkan dah bercerita tentang makanan ni... Macam biasalah.. CPL akan letak sekali resipi untuk kedua-duanya sekali untuk korang try pulak. Korang kena cuba tau.. sebab dua2 ni senang, mudah & Confirm sedap di makan sampai menjilat kaki tuh... Hehehe!!

Jom kita layan pic dulu before nak tunggu CPL upload resipi...

Cuba tengok cop kat mangkuk tu? Macam familiar kan.. hehe!!!

Marvellous..... 


Inilah dia Puding Kastard Koko aka. Puding Marble... 


Puding Favourite CPL dari dulu sampailah sekarang.. Puding kastard Koko tetap dihati... 






Remark : 
Pic tersebut adalah pic yang telah diciplak dari google image eh. 
Sori x dapat nak snap gambar yang sebenar. Tapi sebenarnya tak banyak beza jgk dengan gambar diatas :) 
Hehehe.... 






Thursday, September 15, 2011

Rombongan ke SK Sikamat, Seremban

Hye,

Entry kali ni adalah berkaitan seperti tajuk di atas ye!! :)

Last weekend hari tu, CPL g jenguk rumah baru yang bakal menjadi Kg. CPL pada tahun hadapan.

Kampung yang dimaksudkan tu takdelah jauh sangat... Dekat jer nun di Seremban sahaja.

Korang tgk pic umah ni eh... ni umah 2nd hand je. Mak & ayah CPL yang cari sendiri. Yang paling CPL tak bole tahan diaorang beli umah ni secara online korang tahu. Kat mana lagi kalau bukan di sini ==> http://www.mudah.my/ :)

Hebat betul website mudah tu kan.. Memang sangat mudah tuh!! Macam-macam ader.

Jom tengok... :)



View depan.. Adik ipar sapelah tu?


Sesi perbincangan


Anak2 sapelah nie?



Ruang tamu



Nampak tak bilik air tu?

Dapur da cantek x payah nak renovate da..


Cubaan untuk melompat..



Tengok tu...


View Tangga


Tak boleh tahan tengok kaler kuning diraja nie... hahaha!! Memang WAJIB tukar kaler ni..



Consultant tengah melawat kawasan..



Bilik air tingkat atas yang perlu direnovate..



Pintu utama/depan



Pintu dapur..


Yeh!! Masa untuk balik.......... :)


Hatimu Milikku....

Lagu pilihan CPL untuk pagi khamis yang indah nie.... :)

CPL memang suker giler dgn lagu nie... ada satu masa tu duk ulang lagu nie 100x sehari tau!

Hahahaa..

So, jom layan....... (Suker tgk video clip ni... Farish Aziz comey giler :))


Sape-sape yang nak karoke lagu nie bole layan clip video yg ni pulak eh... :)

Tuesday, September 13, 2011

CPL & Lasagna..

Entry ini berkenaan dengan tajuk seperti di atas :)

Tiba-tiba teringat pada salah satu makanan favourite CPL... tekak nak sangat-sangat makan benda alah nie.... nak..nak..nak!!!! Bestnya kalo dapat mkn time hujan-hujan macam nie.... :(

My Favourite Beef Lasagna

Fuh!! Bnyk syookk woo..

Tak boleh tahan la tgk!! :/



Lasagna punya pasal, akhirnya ter"order" ni pulak!! 


Tak sabar nak mengemukkan badan sat lagi. :)

Lepas mkn baru menyesal & fikir pasal diet balik... Ok!! 

Hahaha... 

Monday, September 12, 2011

Aishiteru.... i luv u..

Di pagi yang indah ni... Jom layan lagu favourite CPL ni...

Ai... ai.. aii.. Shiteru :)


Saturday, September 10, 2011

Puding Sagu Gula Melaka

Bahan-bahan (12 acuan)

  • *1 cawan sagu
  • *1/2 cawan gula
  • *2 cawan air
  • *Air pandan/Pewarna hijau
  • Sirap gula merah
  • Pati santan + garam (CPLguna susu cair)

Cara-cara

  1. Kacau bahan2 yg bertanda (*) hingga pekat dan berkilat.
  2. Masukkan dalam acuan dan sejukkan.
  3. Keluarkan dari acuan.Tuang sirap gula merah dan pati santan.
  4. Siap untuk di makan.


Puding Sagu Gula Melaka Versi CPL


Inilah hasil Puding Sagu Gula Melaka yang CPL buat hari tu.  CPL letak dlm cup sebab senang nanti... terus tuang susu cair + gula melaka lepas tu da boleh makan!!

Bnyk syookk woo makan time sejuk2.... :) 

Korang, sila cuba eh... simple sangat cara buat dia... confirm sekali buat mesti korang rasa nak buat lagi!!

Sila percaya ok :)



Resipi ni di ciplak dari sini ye!!!  http://www.myresipi.com/top/detail/1830

Terima kasih pada syahmi yg post resipi ni. Memang mudah sangat2..

Resipi Rendang Ayam (Full Version)

Bahan-bahan ( 1 family )

  • 1 ekor ayam-dipotong ikut suka
  • Bahan2 digiling:-
  • @ 10 ulas bawang merah
  • @ 4 ulas bawang putih
  • @ 15 biji cili api
  • @ 15 tangkai cili kering
  • @ 1 inci halia
  • @ 1 inci lengkuas
  • @ 1/2 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai dititik
  • 2 helai daun kunyit dihiris halus
  • 4 helai daun limau purut dihiris kasar
  • 4 cawan santan pekat
  • 4 sudu besar kerisik
  • Garam, gula dan serbuk perasa (ikut suka)

Cara-cara

  1. Masukkan ayam dan bahan giling dan serai- perap lebih kurang 1 jam.
  2. Masukkan ayam ke dalam kuali. Masukkan santan dan masak hingga mendidih. Masukkan daun limau, daun kunyit, kerisik dan garam. masukkan juga perasa dan gula jika suka.
  3. Masak ayam hingga empuk dan agak pekat. Sedia dimakan dengan pulut kuning atau nasi himpit.
Try tengok langkah di bawah eh... Ni original pic (rendang yang CPL masak hari tu guna resepi seperti di atas)


STEP (1)
Camni la rupanya bahan2 untuk perap ayam tersebut. Sila blend (jgn halus sangat k.) kalo agak2 air terlebih xpe. Boleh tapis n buang air tersebut.

STEP (2)
Tadaaa... Macam gini la rupanya selepas gaul sebati Bahan2 blend + Ayam (Sila perap selama sejam ok!) Lagi lama perap lagi sedap tau!!)


STEP (3)
Selepas perap selama 1 jam, panaskan kuali dan masukkan bahan-bahan perap tadi dicampur dengan santan dan masak sehingga mendidih. Agak-agak da sebati n mendidih, masukkan pula kerisik, serai, daun limau purut, daun kunyit, garam, gula &  en, aji (kalo suka)>


STEP (4)
Inilah hasilnya selepas letak semua bahan-bahan. Sekarang ni gaul je sampai ayam empuk, sebati & agak kering.



Yeh!!! Akhirnya siap... Inilah rupanya Rendang Ayam CPL (1st time buat tuh!!
Jom makan jom..........!!!

Thursday, September 08, 2011

EL Lagi hari ni...

Hye & Selamat Petang,

Hari ni CPL "EL" lagi..!! "EL" tu bermaksud "Emergency Leave" @ lebih dikenali sebagai Cuti Kecemasan bagi org yg cemas mcm CPL pagi td.

Cerita nyer macam nie.. kira-kira pada pukul  3 pagi td.. CPL telah dikejutkan oleh Anak bujang CPL. CPL ingatkan dia dah lama tdo. Rupa2nya CPL yang Zzzzz... dulu dari dia.

CPL rasa badan dia, macam agak dedah sikit. Tapi xdelah suspek dia akan demam. So, CPL pun buat x tahu je sambil suruh dia pejam mata & tdo.

15min kemudian.. CPL tgk sebelah... rupa-rupanya anak bujang mama ni x tdo2 lagi.. Mata terkebil2 pandang atas, kiri & kanan. CPL tanyalah kenapa..? Korang tahu apa dia jawab. Lebih kurang mcm ni lah perbualan kitaorg antara ibu dan anak.

CPL : Abg kenapa? Kenapa tak  tdo lagi nie?
Is : Mama, ada hantu la... 
CPL : Kat mana? Mana ada hantu.
Is : Ader mama.. tuuuu!! Sambil tunjuk kat  atas siling kipas n tepi tingkap..

CPL pun apalagi terus bukak lampu n tengok tempat yang ditunjuk oleh En. Is tu. Tengok takde apa2 yang mencurigakan pun tapi kita bukan tahu kan... Budak memang senang nampak benda-benda halus macam tu. Tutup cite pasal kes nampak hantu tu. CPL rasa balik badan En. Is tu.. Alamak!!! Dah makin panas badan budak ni sampai bibir merah n mata pun da berair. So apalagi, terus CPL bangun amik ubat & bagi dia makan. Lepas tu gi basahkan towel n letak kat dahi dia.

Lebih kurang pukul 4.30am barulah En. Is dapat tdo dengan lena. Kesian anak mama...

Actually, pagi tadi dah g check-in kat Klinik Keluarga Dahlia @ Bandar Baru Selayang. Memang dari CPL peknen sampailah dah beranak 2 nie.. memang kat sana je tempat yang CPL akan pergi kalau ada apa-apa.  Hari ni dapat jumpa Dr. Huda. Rasanya 1st time kot dapat Dr. Huda tu. Kurus giler Dr. tu. Tapi dia best.. ckp lembut je & nampaklah macam Dr. yang profesional :)

Dr. Huda cakap kena cucuk ubat kat bontot sebab demam dia kira tinggi jugak hampir 39celcius. So, lepas cucuk ubat bontot tu kena continue ubat mkn kat umah (selang 4jam). Total kos perubatan pada hari ini adalah sebanyak RM50. Alhamdulillah.. semuanya ditanggung oleh Syarikat CPL bekerja ;)

Hopefully,  hari ni demam En. Is akan kebah. Cepatlah baik ye sayang...


Ucapan CPL pada En. Is ==>
"Abg Is, cepatlah sembuh eh...Jgn buat mama risau lagi! Lepas da baik demam nanti mama bawak abg gi tgk cite Hantu Bonceng tu ye!! Hahaha... kalo korang nak tahu dari mlm td En. Is sibuk ajak CPL g tgk cite Hantu Bonceng ni. Tak tahulah camne dia tahu kewujudan cite tu....~"




Jom tengok!! Confirm korang akan gelak sampai pengsan!! Hahahaa..

Wednesday, September 07, 2011

Ini Cerita tentang Rendang Ayam...

Salam & Selamat Malam...

Kisah Rendang Ayam ni bermula semasa CPL berada di ofis... Entah macamana terbuka hati & terasa sangat2 nak masak rendang ayam (niat tu timbul selepas tgk resipi di Myresipi.com sebenarnya). Korang boleh refer Resipi tersebut di akhir entry ni ye!

Oleh itu tanpa berlengah lagi.. sampai je umah pada pukul 4pm.. terus je keluarkan ayam dari fridge untuk dinyahbekukan.

Kira-kira pada pukul 7.30pm proses memotong, mengiling  & memerap ayam dilakukan (kena perap selama 1jam).

Sesi masak memasak diteruskan pada jam 8.45pm (selepas ayam telah diperap selama kira-kira 1jam 15min).

Akhirnya pada tepat kul 10pm, Rendang Ayam CPL telah siap untuk dimakan. Ianya amat enak dimakan bersama-sama dengan Roti Gardenia :)

Pic hasil masakan CPL tu akan diupload kemudian eh... (Cable USB Hp tertinggal kat ofis pulak!!)

Untuk Resipi penuh boleh refer kat bawah ni eh.. korang boleh try.. memang kacang giler nak masak ini rendang ayam sebab tak perlu susah-susah nak menumis n berkicah sana sini.. dapur CPL pun x payah mop tau! Hehee..

RESIPI RENDANG AYAM
Di copy dari sini ye..!!  http://www.myresipi.com/top/detail/959


Bahan-bahan ( satu family )

  • 1 ekor ayam-dipotong ikut suka
  • Bahan2 digiling:-
  • @ 10 ulas bawang merah
  • @ 4 ulas bawang putih
  • @ 15 biji cili api
  • @ 15 tangkai cili kering
  • @ 1 inci halia
  • @ 1 inci lengkuas
  • @ 1/2 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai dititik
  • 2 helai daun kunyit dihiris halus
  • 4 helai daun limau purut dihiris kasar
  • 4 cawan santan pekat
  • 4 sudu besar kerisik
  • Garam, gula dan serbuk perasa (ikut suka)

Cara-cara

  1. Masukkan ayam dan bahan giling dan serai- perap lebih kurang 1 jam.
  2. Masukkan ayam ke dalam kuali. Masukkan santan dan masak hingga mendidih. Masukkan daun limau, daun kunyit, kerisik dan garam. masukkan juga perasa dan gula jika suka.
  3. Masak ayam hingga empuk dan agak pekat. Sedia dimakan dengan pulut kuning atau nasi himpit.

Okey, tamat sudah cerita pasal rendang ayam.

Esok kalau agak2 rajin, CPL ingat nak tapau sikit bawak gi opis.. nak mintak Mentor aka. Sifu CPL test!!

Agak-agak boleh dapat bape markah eh? Hehe..


Tuesday, September 06, 2011

06hb Sep 2011

Salam & Hye,

Berikut adalah senarai kerja, aktiviti & tanggungjawab yang telah CPL lakukan pada hari ini.

7.59am : Bergerak ke Office @Jalan Pantai Baharu (kul 8.32am sudah sampai!)

9am - 7pm : Melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang admin assistant cabuk. (Nsb baik sempat jgk settlekan monthly report dan juga OT Claim)

7.40pm : Selamat sampai rumah @ Taman Sri Gombak

7.45pm : Ambil En. Iskandar & Cik Nur Marissa Hana di rumah mak mertua.

8pm - 11.45pm: Bz tahap gaban melayan Budak 2 org ni sambil mencuri masa utk meng"update" blog :)

12am : Di jangka masuk tdo.


Okey, sekian harap maklum.


Pada yang sudi membaca entry CPL yang merapu ni, terima kasih  :)



*Terimalah hadiah yang tak seberapa ni ye!! Ice-cream kegemaran CPL iaitu.... 
MOCHA CRUMBLE dari Wall's yang amat enak dimakan semasa stress@tension :)



Hati Yang Kau Sakiti...

Tiba-tiba teringat pulak kat lagu dendangan Rossa ni..

Ni adalah salah satu lagu favourite CPL...

Jom Layan!!!



HATI YANG KAU SAKITI By ROSSA

jangan pernah katakan bahwa
cintamu hanya untukku
karna kini kau telah membaginya

*
maafkan bila memang kini
harus kutinggalkan dirimu
karna hatiku selalu kau lukai
tak ada lagi yang bisa kulakukan tanpamu
ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa

Reff:
ku menangis membayangkan
betapa kejamnya dirimu atas diriku
kau duakan cinta ini
kau pergi bersamanya
ku menangis melepaskan
kepergian dirimu dari sisi hidupku
harus slalu kau tahu
akulah hati yang telah kau sakiti

repeat *
repeat Reff
ku menangis
harus slalu kau tahu
akulah hati yang telah kau sakiti

Monday, September 05, 2011

Riang Ria Hari Raya...

Hye & Salam,

Korang just tengok dulu je eh pic yg telah sempat di snap semasa hari raya pertama hari tu!
Raya thn ni turn CPL beraya bersama keluarga tercinta.. :)
Best dapat raya kat KL (berbunga-bunga hati CPZ dapat beraya kat KL thn ni).
Tah pape kan.. semua org berebut-rebut nak beraya kat kg. tapi lain pulak bg CPL nie.. Org KL la katakan.. memang demand lebih! Hehehe..

Jom tgk...

Sampai2 je terus snap pic nie.. (bersama dengan ayahanda tercinta, anak buah (danish) & En. Iskandar dan Cik Marissa.

Then baru snap pic nie... (Mr. Rosely & Pn. Faridah Wong)

Kemudian.. baru snap pic The Happy Family nie..


Pic Me & Sis, bro in law & law..law..law...


Okey ckup sudah utk hari ni.. esok CPL sambung upload lagi eh Pic Raya tu!! 
PC dah hang n slow bangat ni!! 
Stressssss...........!!!




Salam Perkenalan... ;)

Assalammualaikum & Salam perkenalan kpd semua yg sudi menjenguk dan membaca coretan blog CPL ni :)


1st of all da tentulah kena kenalkan diri tuan punya blog kan (entry wajib bagi semua blogger baru mcm CPL nie!)
Ok.. xnak tulis panjang2..
Just go thru kenalkan diri secara ringkas ye!!


Nama : Lisa aka. Lisa Isabella 
(nama glemer dlm fb tu n for sure bkn nama sebenar. Hehee!!)
Umur : Genap 29thn pada 15 Julai yg lepas.
Status : Telah berkahwin since 2006
(Wife kpd M. Rahman Ismail dan mama kepada sepasang budak yg comel & notty iaitu M.Ariq Iskandar (3thn) & Nur Marissa Hana (2thn)
Pekerjaan : As Admin Assistant aka. kuli di salah sebuah syarikat swasta.


Sebelum ni, CPL suka sangat baca dan terjah blog org... da berpuluh2 blog rasanya yg telah CPL follow dalam diam.  Akhirnya, pada hari ini dapat jgk create 1 personal blog. x kisahlah org nak ckp CPL syok sendiri ke? Ape ke? Ade CPL kisah.. hehe!! Janji CPL dapat menjadikan blog ni sebagai medan untuk meluahkan perasaan, rasa hati dan  bole share apa saje dgn korang!


Ok.. da habis merapu dah!!


Thanks pada yg sudi membaca.. Sila singgah lagi ye!!










~HAPPY READING~