Selamat Pagi to All Malaysian People... (Fuh!! Ayat tak boleh tahan tu.. bajet 1 malaysia baca blog CPL ni!!)
Entry ni tiada kena mengena langsung dengan yang hidup@yang telah tiada ye!!
Berbalik pada tajuk seperti di atas.. Kenapa eh tiba-tiba pulak CPL nak cite pasal binatang yang satu ni.. Korang tahu, actually binatang yang paling CPL takuti, geruni & gelini adalah binatang yang satu ni la... Binatang yang bernama Cockroach @ Lipas aka. Cik Li. CPL memang terlalu obses dan teramat fobia dengan binatang sekor ni la... :(
Masuk je ofis pagi tadi hidung CPL dah terbau-bau binatang tu! Busuk tahu x!! Bancuh air tadi pun terminum cawan yang ada bau lipas. Haprak betul la. Dah tak pasal-pasal kena buat air 2x. Rugi korang tahu tak? Benci.. Benciiii.. Benciiiiii!!! Dah lah kat umah pun jadi mangsa lipas... kat opis pun kena ngadap binatang nie.. Agak-agak korang kat mana lagi erk tempat yang line clear takde lipas...? Cuba korang bagitahu....??
CPL pun x paham lah.. Kenapa kaum Cik Li ni suka sangat menganggu hidup CPL... Kenapa? Kenapa? Kenapa? Korang cubalah kacau hidup orang lain.. Kacau lah hidup orang yang suka dengan binatang spesis korang tu ke...? Tapi ada ke orang yang suka spesis tu? Hehehee....
Ok, tu je CPL nak share aka. membuat sesi luahan perasaan di pagi isnin yang tak berapa nak indah ni :/
Kepada peminat binatang nie... Korang boleh baca info ni eh...
Tak sanggup la nak upload pic sebenar. Geli tahap gaban!!!
20 FAKTA MENARIK MENGENAI LIPAS
- Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila
- Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit..
- Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus.
- Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup
- Lipas mempunyai darah berwarna putih
- Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya.
- Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50gram
- Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia
- Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anak dia semua betina
- Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya
- Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya.
- Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani
- Lipas ada gigi di dalam perutnya
- Lipas yang dilumatkan boleh boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat tu
- Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat
- Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula
- Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung
- Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut
- Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam
- Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa
1 comments:
Heheeh cik li ni mmg susah nk benteras melainkan dunia ni bersih dr segala sampah sarap..tp jgn mimpi la manusia ni mmg suka buat sampah...hehhe
Nape CPL boring ke kat geng x de la 2...hehehhehe
Post a Comment