Bahan-bahan ( 1 family )
- 1 ekor ayam-dipotong ikut suka
- Bahan2 digiling:-
- @ 10 ulas bawang merah
- @ 4 ulas bawang putih
- @ 15 biji cili api
- @ 15 tangkai cili kering
- @ 1 inci halia
- @ 1 inci lengkuas
- @ 1/2 inci kunyit hidup
- 2 batang serai dititik
- 2 helai daun kunyit dihiris halus
- 4 helai daun limau purut dihiris kasar
- 4 cawan santan pekat
- 4 sudu besar kerisik
- Garam, gula dan serbuk perasa (ikut suka)
Cara-cara
- Masukkan ayam dan bahan giling dan serai- perap lebih kurang 1 jam.
- Masukkan ayam ke dalam kuali. Masukkan santan dan masak hingga mendidih. Masukkan daun limau, daun kunyit, kerisik dan garam. masukkan juga perasa dan gula jika suka.
- Masak ayam hingga empuk dan agak pekat. Sedia dimakan dengan pulut kuning atau nasi himpit.
STEP (1)
Camni la rupanya bahan2 untuk perap ayam tersebut. Sila blend (jgn halus sangat k.) kalo agak2 air terlebih xpe. Boleh tapis n buang air tersebut.
STEP (2)
Tadaaa... Macam gini la rupanya selepas gaul sebati Bahan2 blend + Ayam (Sila perap selama sejam ok!) Lagi lama perap lagi sedap tau!!)
STEP (3)
Selepas perap selama 1 jam, panaskan kuali dan masukkan bahan-bahan perap tadi dicampur dengan santan dan masak sehingga mendidih. Agak-agak da sebati n mendidih, masukkan pula kerisik, serai, daun limau purut, daun kunyit, garam, gula & en, aji (kalo suka)>
STEP (4)
Inilah hasilnya selepas letak semua bahan-bahan. Sekarang ni gaul je sampai ayam empuk, sebati & agak kering.
Yeh!!! Akhirnya siap... Inilah rupanya Rendang Ayam CPL (1st time buat tuh!!
Jom makan jom..........!!!
0 comments:
Post a Comment