Thursday, December 01, 2011

"OMBAK RINDU"

Filem yang ditunggu-tungguu akhirnya telah mula ditayangkan mulai semalam (30/11/2011).

Lama giler tau nak tunggu cite ni kuar...




Berikut merupakan Sinopsis Filem Ombak Rindu
Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Pelakon
Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, Bront Palarae, Julia Ziegler, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri, Fauzi Nawawi, Nadia Nisa, Mislina Mustafa, Kamarul Hj Yusof dan Yap Leong Chai.
Diantara babak dalam filem tersebut : -







4 Sebab kenapa CPL nak sangat tengok filem nie :-

1) Sebab ada Lisa Surihani
2) Filem ni diadaptasikan dari sebuah novel favourite CPL masa zaman sekolah dulu... "Ombak Rindu"
3) Ramai orang cakap cite ni sangat best & sangat sedih.. sediakan tisu sblm g tengok erk..
4) CPL memang penyokong setia Filem2 Melayu... Sebab tu WAJIB Tonton... :)

Jom layan.........!!



0 comments:

Post a Comment